Bal’am Bin Ba’ura : Kisah Ulama Yang Mati Kufur
Posted on 2:11 AM by Unknown
Tergelincir hati boleh berlaku kepada
mana-mana hamba Allah tidak kira walaupun dia seorang wali Allah atau
hanya orang biasa yang mana boleh mengakibatkan seseorang itu mati dalam
keadaan kufur. Dari cerita seorang pencuri kain kapan yang ditangkap
setelah mencuri dari 1000 buah kubur orang Islam. Katanya selepas
ditangkap, hanya satu jenazah sahaja yang mengadap kiblat yang lain
berpaling dari arah kiblat kerana mereka ini semasa hidup zahirnya saja
Islam tapi bathin mereka ini adalah kafir. Pada masa sekarang pun
bolehlah kita lihat golongan ini walau pun nama saja Islam, tetapi cara
hidup mereka ini bukan mencerminkan seorang Islam.
176.
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan
(sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung
kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti
anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya
termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan
lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang
mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya
mereka berfikir.
Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi
dan Imam Ibni Khathir, ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang
lelaki dari Negara Yaman bernama Bal’am bin Ba’ura’. Sebilangan ulama
lain menyatakan, Bal’am adalah seorang ahli ibadat yang mempunyai
kemakbulan doa dari bangsa Bani Israel.
Menurut cerita daripada Ibnu
Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin
Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia
khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar [ Do'a Bal'am bin Ba'ura
mustajab] . Setelah peristiwa firaun dilemaskan dalam laut, Nabi Musa
A.S dan bani Israel yang terselamat terus mengembara sehinggakan hamper
sampai dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut
ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah
berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan
penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta
pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya [berdo'a] untuk
mengalahkan Nabi Musa a.s.
Pada mulanya Wali Allah ini
menolak permintaan raja negeri tersebut kerana takutkan Allah SWT.
Seperti jugak sejarah Nabi Adam as yang mana iblis pernah menyuruh Nabi
Adam memakan buah dari pohon yang dilarang oleh Allah SWT melalui Hawa.
Tetapi Nabi Adam a.s terpengaruh dengan Hawa disebabkan bisikan iblis
yang halus itu dan melanggari larangan Allah SWT dan diusir dari syurga
dan dibuang ke dunia.
Begitu juga raja negeri tersebut
telah menggunakan isteri Bal’am seperti mana iblis menggunakan Hawa.
Firaun telah memberi hadiah berupa barang-barang kemas dan perhiasan
yang mahal kepada isteri Bal’am sebagai umpan supaya Bal’am mendoakan
akan Nabi Musa as.
Pada mulanya Bal’am masih tidak
mahu mendoakan. Akan tetapi setelah isterinya tidak bercakap, melayannya
dan menyediakan makanan seperti biasa dibuat. Lama kelamaan Bal’am pun
bertanya kepada isterinya mengapa isteri beliau mogok dan beliau tidak
dilayan seperti biasa dilakukan. Isteri Bal’am berkata “berdoalah bukan
susah seperti yang dipinta oleh Raja”.
Bal’am dengan kekuatan ilmunya
dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa a.s.
doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat
yang bernama Tih (sekarang : semenanjung Sinai) selama 40 tahun.
Kesesatan yang maha dahsyat itu,
menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan, apakah dosa
yang kami lakukan sehingga kami tersesat di Tih ini?”
Jawab Allah SWT, “berpunca dari doa Bal’am”
Nabi Musa berkata lagi kepada
Allah, “wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal’am terhadapku,
maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am”
Lalu, Nabi Musa mendoakan agar
Bal’am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh
Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir
sepertimana anjing.
“minta berlindung kita dengan Allah daripada menjadi seperti Bal’am bin Ba’ura’”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Bal’am Bin Ba’ura : Kisah Ulama Yang Mati Kufur"
Leave A Reply